Posts

Lawatan Ke Genting Highlands

Image
      Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya melawat ke Tanah Tinggi Genting atau Genting Highlands yang terkenal. Saya dan adik saya amat gembira kerana julung kali kami pergi ke sana.     Sebelum kita memulakan perjalanan ke Genting Highlands, ibu dan kakak saya telah menyediakan barang-barang keperluan dan pakaian yang cukup untuk satu hari dalam bagasi-bagasi besar. Selepas itu, kami bersarapan dan pula menuju ke destinasi dengan kereta ayah.     Tiba-tiba kami sampai ke destinasi kami selepas dua jam. Saya berasa hairan akan pemandangan yang indah dan bangunan-bangunan yang istimewa itu. Kami sekeluarga memutuskan bahawa pergi ke hostel yang kami menempah untuk meletakkan bagasi-bagasi dan berehat selepas perjalanan yang lama. Kami melawat ke Skytropolis Indoor Theme Park. Terdapat banyak alat permainan yang merangsang dan satu kafeteria untuk pelanggan yang lapar atau hendak berehat. Adik saya yang pendek boleh bermain carousel sahaj...