Lawatan Ke Genting Highlands

     Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya melawat ke Tanah Tinggi Genting atau Genting Highlands yang terkenal. Saya dan adik saya amat gembira kerana julung kali kami pergi ke sana.

    Sebelum kita memulakan perjalanan ke Genting Highlands, ibu dan kakak saya telah menyediakan barang-barang keperluan dan pakaian yang cukup untuk satu hari dalam bagasi-bagasi besar. Selepas itu, kami bersarapan dan pula menuju ke destinasi dengan kereta ayah.

    Tiba-tiba kami sampai ke destinasi kami selepas dua jam. Saya berasa hairan akan pemandangan yang indah dan bangunan-bangunan yang istimewa itu. Kami sekeluarga memutuskan bahawa pergi ke hostel yang kami menempah untuk meletakkan bagasi-bagasi dan berehat selepas perjalanan yang lama. Kami melawat ke Skytropolis Indoor Theme Park. Terdapat banyak alat permainan yang merangsang dan satu kafeteria untuk pelanggan yang lapar atau hendak berehat. Adik saya yang pendek boleh bermain carousel sahaja tetapi dia masih gembira. Ibu bapa kami tidak menyertai dalam apa-apa alat permainan kerana mereka hendak memerhatikan kami agar kita tidak tercedera.

    Pada pukul 12:30, kami menuju ke destinasi kedua iaitu Ladang Strawberi Genting Highlands. Tempat ini bukan sahaja mempunyai strawberi-strawberi yang segar, ia juga mempunyai bunga-bunga seperti bunga orkid, bunga kertas dan lain-lain. Harga strawberi di sana lebih murah, oleh itu, kakak saya memberli beberapa untuk makan di hostel. Kami pula makan tengah hari di restaraun yang berdekatan dengan ladang strawberi untuk mengisi perut kita. 

    Setelah makan tengah hari, kami pergi ke destinasi akhir iaitu Snow World. Snow World ialah taman yang dihiasi oleh manusia agar kelihatannya hampir sama dengan tempat musim sejuk yang diliputi oleh salji. Kami memakai jaket yang diberikan oleh pekerja di sana kerana suhu di dalam Snow World adalah -6. Kami bermain dengan salji buatan manusia serta bermain kereta luncur tradisional. Walaupun sejuk, kami telah melupakan kesejukan semasa bermain.

    Pada waktu 8.00 malam, kami makan malam di restaraun yang sama. Kami pun membawa bagasi-bagasi dan pulang ke rumah. Walaupun letih, tetapi kami sangat gembira dapat banyak kenangan manis. Saya berharap dapat bercuti di Genting Highlands pada masa depan dengan keluarga saya.